Dijana oleh Kiah.store

KOMBO: Siri Bestnya

RM 20.00

Kombo 2 buah buku: 1. Bestnya Solat! 2. Bestnya Doa!

Baki Stok: 9

Buku Bestnya Doa ini mengandungi 33 doa harian untuk diamalkan oleh anak-anak. Bestnya Doa ini adalah alat bantu mengajar bagi ibu bapa memupuk persekitaran yang berakhlak dan beradab sesama keluarga. Dengan aktiviti baca dan hafal beserta kandungan yang penuh komik dan infografik, kami tim Siri Bestnya percaya ia dapat menarik minat anak-anak membudayakan pembacaan doa dalam kehidupan seharian mereka.

Buku Bestnya Solat diterbitkan adalah untuk menjawab persoalan lazim tentang berapa rukun solat. Kebanyakan dari kita mengetahui bagaimana cara untuk bersolat secara praktikal, hasil dari pendidikan dari sekolah ketika kita masih kecil. Namun ramai antara dari kita, malah yang dewasa sekalipun masih culas tentang rukun solat yang 13. Tahukah anda, sekiranya pada bahagian rukun seperti membaca Al-Fatihah pun bacaan kita tidak betul, maka keseluruhan solat kita dikira tidak sah? Ya, ia kedengaran amat remeh, namun memberi impak yang besar kepada nasib kita di akhirat kelak.